Loading...
SEORANG wanita telah memukau pengikutnya di media sosial dengan wajah awet mudanya sejak beberapa tahun lalu, tetapi baru-baru ini berjaya menarik perhatian seluruh dunia dengan gambar berbikini di Tasik Baikal, di sempadan Mongolia.
Orang ramai seakan tidak percaya dengan wajah dan bentuk badan Liu Yelin yang dilihat tidak sepadan dengan usianya, 50 tahun, sekali gus menyebabkan dia menjadi buruan media.
Yelin pertama kali menjadi tajuk utama berita antarabangsa pada Mei tahun lepas, apabila dia mendedahkan bahawa orang ramai sering menyangka dia adalah teman wanitanya anaknya yang berusia 23 tahun.
Anaknya, Xie Yixuan tidak menafikan perkara tersebut.
Sejak itu, pengikutnya di platform media sosial China, Weibo, bertambah dan dia kini mempunyai lebih 150,000 pengikut selain mendapat ramai pengikut di Instagram.
"Ibu saya sentiasa cantik. Ketika masih muda, dia dianggap gadis paling cantik di sekolahnya," kata Yixuan kepada pemberita, tahun lepas.
"Apa yang dapat saya kata, walaupun masa berlalu, dia semakin cantik."
Walaupun genetik yang baik mungkin mempunyai kaitan dengan penampilannya yang tak dimamah usia, dia menganggap senaman sebagai bahagian paling penting dalam usaha anti-penuaan.
Dia berenang sejak 30 tahun yang lalu dan masih mengamalkannya hampir setiap hari.
Dia juga melakukan melakukan senaman angkat berat setiap hari, mengamalkan yoga dan berenang dalam air sejuk selama beberapa jam sehari tanpa mengira musim.
Tahun lepas, Yelin melintasi Selat Malaysia pada jarak 7.45 batu dalam masa empat jam dan pada 2016, dia berenang melintasi Sungai Yangtse di China dan Sungai Han di Korea Selatan.
Beberapa tahun lalu, Yelin menyatakan impiannya untuk masih kelihatan menarik walaupun berbikini pada usia 80 tahun.
Dia juga berharap kejayaannya akan memberi inspirasi kepada wanita lain untuk bersenam bagi mendapatkan penampilan diri yang lebih cantik dan meyakinkan.
Yelin adalah salah seorang daripada beberapa wanita awet muda di Asia.